Wednesday 20 July 2011

Part 6

Pengawalan kelas?.... apabila berkumpul sesama guru-guru macam-macam cerita akan keluar....yang paling hangat dikongsi adalah masalah disiplin murid semasa kelas PnP berlaku. Ada macam-macam cara guru mengawal kelasnya...dan yang paling top adalah bersikap GARANG dikelas!.... saya masih teringat ketika baru posting kesekolah ni..ketika itu mengajar tahun 5 dan 6. Saya selalu berpendapat pengawalan kelas bermaksud kelas senyap dan sunyi...ibaratnya murid jadi seperti kayu...duduk tegak, mata pandang depan...ibarat sekumpulan tentera lagaknya. Itulah impian saya tentang pengawalan kelas yang BAIK. Tambah-tambah bila ada guru mengatakan kalau semasa kelasnya semua murid senyap dan ikut arahan sebaik saja dia melangkah masuk.

Berbanding kelas ku masa itu, huhhh..tak lah bising mana pun tapi saya ingin seperti kelas cikgu garang yang lain....Jadinya bila kelas ku tidak sesenyap dan sesunyi kelas guru yang garang saya berfikiran kawalan kelas ku lemah. Tapi rupanya saya silap....masa berlalu..pengalaman banyak mendewasakan ku sebagai seorang guru. Pengawalan kelas yang baik tidak semestinya bersikap GARANG dan Kelas SENYAP..dan murid jadi kecut perut.

Akhirnya saya menjadi diri saya yang sebenarnya...menemui keunikan dan keistimewaan dalam diri ku sendiri..tidak lagi terikut-ikut gaya guru-guru yang lain. Kini pengawalan kelas semakin mantap...saya boleh mengawal 30 murid atau lebih dalam keadaan tersenyum dan penuh kelembutan...Saya bersikap tegas bersulamkan kasih sayang pada murid-murid ku...bukannya bersikap garang tapi beralaskan sifat yang TEGAS. Saya tidak melayan murid ku  seperti sekumpulan tentera atau ibarat jadi patung keras..yang sentiasa berada dalam ketakutan hinggakan hendak bernafas pun takut...kerana takutkan gurunya yang garang.

 Semasa sesi PnP berlaku murid-murid  harus patuh pada syarat-syarat yang saya buat...bila pandang depan...pandanglah depan. Bila mereka tidak faham bolehlah bertanya terus tanpa perlu rasa takut. Nada suara adalah pelbagai...kuat dan lantang ....lembut dan penuh kasih sayang....keras dan tegas bergantung pada keperluannya. Denda...memang ada...dengan tujuan untuk menyedarkan mereka ! dan saya sangat bertuah kerana selama saya bertugas di sekolah ini...belum ada ibubapa murid yang datang mengadu kerana anak mereka kena denda...(berbanding rakan sejawat yang lain..ada saja komplen ibubapa)


DENDA...dendaan yang paling teruk saya buat pada murid ku adalah mengumpul tahi kambing dengan tangan...heheheheh...kerana tidak membuat kerja rumah ku...dan hasilnya beberapa murid ku ini sangat menghormati denda yang diberikan...lepas itu tiada lagi kejadian kerja rumah tidak dihantar (Kes ini murid tahun 5)...denda lain adalah pembaris besi ku sepanjang 12 inci bengkok kerana merotan punggung dua budak lelaki (tahun 6) kerana bergaduh dalam kelas semasa sesi PnP ku berlaku...hasilnya (kini mereka disekolah menengah) mereka pasti datang dan mencium tangan ku setiap kali mereka berjumpa ku walau dimana berjumpa...setiap kali berjumpa saya akan bertanya: kamu masih nakal lagi?..dan mereka akan menjawab: Tidak lagi teacher...(sambil mencium tangan ku penuh rasa hormat..). Pun begitu mereka tidak mengadu kepada ibubapa mereka..kerana saya lakukan dendaan tersebut dengan penuh KASIH SAYANG dalam keTEGASan.

Justeru apabila saya melihat ramai guru-guru samada baru atau lama yang bersikap GARANG..kadang tidak kena pada tempatnya...hasilnya murid tetap tidak dapat dikawal. Atau walaupun dapat dikawal tapi tidak sampai ke jiwa....kadangkala ada guru mengatakan saya bersikap garang pun masih tidak berhasil....ini kerana apabila kita cuba menjadi orang lain....memang ia tidak akan berhasil. Malah kelas ku sendiri murid masih dibolehkan menyanyi-nyanyi sambil buat kerja/latihan...atau bergurau sesama sendiri semasa melakukan aktiviti yang diberi....dan kelas tetap dalam kawalan. Ini kerana kawalan kelas yang baik adalah bukan bermaksud menjadikan murid seperti tentera...atau zombie...atau menjadikan mereka patung bernyawa...keras saja. Tetapi pengawalan kelas yang HEBAT adalah..dapat mewujudkan suasana pembelajaran dimana murid berasa dihargai dan bersemangat untuk belajar...dan guru dihormati bukan ditakuti...

Bukan murid/manusia saja yang perlu dibelai...malah haiwan juga perlukan kasih sayang..seperti anak-anak ku sayang akan kucing mereka. Akhirnya setelah beberapa hari sakit kucing kuning kami mati didalam sangkarnya...mati dengan keadaan tidur berselimut...My sons sangat sedih...kami juga...turut terasa kehilangan si kucing kuning..masih terbayang-bayang kedua kucing itu saling berkejaran dan bergulingan diruang tamu. Anak ku sangat sedih dan menganggap si kuning hanya tidur...tapi setelah diterangkan ia sudah mati kelihatan wajahnya sangat sugul.....malah si kucing hitam juga jelas kelihatan sedih dengan kehilangan si kuning...(bersambung)

No comments:

Post a Comment